BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 15, 2008

rasakan.....

Aku pun tak Cuba lagi. sbb BAru fakTA ni dpt dari
> abg sepupu akU.
>
>
> Cubalah terai dan buktikan secara saintifik.
>
>
> Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in
> one click. 10 kebaikan
> air Coke Cola
>
> satu_duo menulis - " Fakta seperti yang tersenarai
> dibawah adalah kajian
> santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/so di
> USA dan Britain
> serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman
> ringan Coke : Coca Cola.
>
> Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda
> lebuhraya akan dimuatkan
> 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di
> jalanraya apabila berlaku
> kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu,
> Harzadous Team. Cuba
> tanya Plus Ronda atau Lebuhraya, adakah mereka guna?
>
> Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :
> ______________________________________________
>
> 1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi
> Coke, ia akan hancur atau
> hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk
> yang berniaga sup tulang!
> ______________________________________________
>
> 2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke
> dalam tandas dan biarkan
> selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan
> kotoran/hampas akan hilang dari
> tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu
> bahan gantian untuk
> mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun
> badan boleh tak?
> ______________________________________________
>
> 3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper
> kereta jenis chrome : Lap
> bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan
> Coke. Kesannya karat
> hilang!
> ______________________________________________
>
> 4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau
> hakisan pada skru/nat bateri
> kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan
> hilang serta merta.
> ______________________________________________
>
> 5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat :
> Sekali lagi tuang
> setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh
> dibuka.
> ______________________________________________
>
> 6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari
> pakaian : Tambahkan setin
> Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan
> basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang.
> Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa
> coke.
> ______________________________________________
>
> 7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup
> tuala dengan Coke dan
> lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci
> cermin cam jual di
> Yawata tu kerana ianya amat mahal!
> ______________________________________________
>
> 8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia
> mempunyai pH 2.8. Ia boleh
> meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang
> Perwaja/besi mesti suka
> ni!
>
> Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang
> belakang dan tulang lain
> dalam badan yang merupakan punca utama kearah
> penyakit osteoporosis.
>
> Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam
> lori tangki,[ bukan lori
> yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti
> dilengkapi dengan tanda amaran
> "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya".
> Lori tangki itu juga
> diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak
> lori tu dihakis. .
> Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori
> tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah
> bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.
>
> Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya
> untuk mencuci bahagian
> enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti
> buat overhaul ni!
> ______________________________________________
>
> 9. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin
> Coke. Cuba try bancuh
> kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum
> mesti termuntah tapi
> tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah
> pula dengan ais!.
> Wahh!
> Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut
> akan bertindak terhadap
> lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air
> yang diminum tidak
> berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua
> minuman ringan menggunakan id yang sama. Tak kiralah
> Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer!
> Anak bapak dan Keluarga 69.
>
> Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke
> adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan
> mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu
> masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah
> ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu
> yang mai perkataan CocaCola tu.
>
> Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau
> nak rendam gigi dalam
> mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke,
> pasti gigi tu
> hilang/lebur dalam masa 24-49 jam. Yang mana sakit
> gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!
>
> Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat
> minum Coke, sama jer! Anda
> minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman
> tersebut.
> ______________________________________________
>
> 10. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh
> secara spesifiknya,
> para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan
> untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas
> dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak.
> Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah
> Coke untuk bunuh
> serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke
> kot? Cubalah!
> ______________________________________________
> ______________________________________________
>
> Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi
> 100%. Kat Mekah ada
> Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh
> confirm kot?
>
> Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah
> pada masa yang sama cuci
> cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas
> , sembur serangga
> dll.
>
> Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian
> emergency jika bahan
> cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta
> diatas anda boleh
> cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak
> pass sains khasnya kimia
> dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains
> kimia ni kat rumah.
>
> Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak? Saya pun
> minum sekali sekala!
> Sama-samalah kita bercoke sambil singgah KFC
> [Syarikat Yahudi gak!!], time
> raya, time parti, time kenduri, time bola piala
> dunia dll.
>
> Terima kasih kerana memberi masa untuk membaca.
> Rajin membaca pasti berjaya. Luang-luangkanlah masa
> untuk membaca.

Thursday, October 9, 2008

hahaha

esok aku de test maths..tpi ntah nape tah tbe2 ati aku bekoba-koba sangat nak try jadi blogger nie..