BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, November 5, 2009

Rasa yang 'membunuh'...

Aku tak suka rasa yang satu ini. serba tak kena. resah gelisah. galau. apa yang aku rasa dari dalam hati aku sendiri saat ini penuh dengan tanda tanya. aku tak mengerti. yang pasti aku tak gemar dengan rasa sebegini. menganggu gugat ketenangan dan ketenteraman minda dan emosi aku.

Rasa ini...memang 'membunuh' aku. aku tak mahu! aku tak mahu ulanginya. aku tak mahu tempuhi buat sekian kali. rasa ini...pergilah jauh andai ia bakal mencampakkan aku ke suatu tempat yang sangat menderita. aku tak mahu.... pergilah...pergilahhhhhh jauh dari diri ini...dari hati ini...dari jiwa ini.

Rasa ini amat menyeksakan aku. aku tak selesa. aku buntu. fikiran menerawang entah ke mana. rasa ini pasti dari dia...dia yang membuatkan aku serba tak kena...dia yang membuatkan aku terasa jiwa kacau. aku tak suka. janganlah dia mengetuk pintu hatiku sekadar mahu menguji kemudian berlalu pergi tanpa simpati...aku tak ingin ia satu kekhilafan yang akan membuatkan aku terus menerus paranoid. aku ingin bebas mencari rasa yang amat menyenangkan. aku inginkan rasa yang mampu membuatkan aku rasa amat dihargai dan dihormati. dikasihi dan disayangi. dicintai.

rasa ini...sakit!

0 comments: